Sime Darby Lupuskan Aset Di Pelabuhan China

Sime Darby Lupuskan Aset Di Pelabuhan China

Sime Darby Bhd dalam pemfailkan kepada bursa hari ini mengumumkan telah menjual kepentingan tiga syarikat usaha sama di pelabuhan Jining, Wilayah Sha

Sime Darby Bhd dalam pemfailkan kepada bursa hari ini mengumumkan telah menjual kepentingan tiga syarikat usaha sama di pelabuhan Jining, Wilayah Shandong China yang membabitkan jumlah pemindahan sekitar RM181.6 juta dalam tempoh tiga tahun.

Anak syarikat milik penuh tidak langsung mereka, Sime Darby Overseas (HK) Ltd dilaporkan telah menandatangani perjanjian pemindahan ekuiti (ETA Fasa 1) kepada Jining Port and Shipping Development Group Co Ltd (JPSDG) bagi melupuskan seluruh 70% kepentingan ekuiti syarikat dalam pelabuhan Yeujin, Longgong dan Taiping kepada

CEO Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata perjanjian tersebut sesuai dengan strategi syarikat untuk melupuskan aset bukan teras kumpulan.

Beliau juga berkata, Sime Darby telah melakukan pelaburan yang signifikan dalam mengembangkan motor dan industri di China, termasuk membangunkan perniagaan pelabuhan di Wilayah Shandong.

Walaupun strategi tersebut berjaya menyumbang 40% daripada pendapatan mereka, namun perniagaan pelabuhan tidak lagi dianggap sebagai perniagaan yang utama, jelas Jeffri dalam satu kenyataan.

Hal ini kerana, operasi perniagaan di pelabuhan semakin tertekan dengan persaingan yang sengit daripada pelabuhan lain, di samping berhadapan peningkatan kos dan penurunan margin yang berterusan.

Selain itu, keputusan ini juga sejajar dengan langkah kerajaan Jining untuk menggabungkan industri pelabuhan sungai.

Oleh itu, tindakan kami melepaskan kepentingan ini adalah situasi “menang-menang” bagi Sime Darby dan kerajaan Jining, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: