Sinaran Harapan Brexit Selamatkan Pound Daripada Tenggelam Di Lautan Merah

Sinaran Harapan Brexit Selamatkan Pound Daripada Tenggelam Di Lautan Merah

Pound menjunam selepas Bank Pusat England berkata ahli MPC kini sedang berbincang bagaimana kadar faedah negatif dapat diterapkan di dalam dasar.

Pound menjunam selepas Bank Pusat England berkata ahli MPC kini sedang berbincang bagaimana kadar faedah negatif dapat diterapkan di dalam dasar.

BoE mengekalkan program ransangan seperti yang dijangkakan dan berkata prestasi ekonomi UK adalah lebih baik dari yang dijangkakan.

Namun dengan menekankan beberapa risiko seperti peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19, pengurangan skim perlindungan pekerjaan serta isu Brexit, BoE mengatakan mereka sudah bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Bank pusat mengatakan asas mereka adalah bertindak segera dan teratur ke arah perjanjian perdagangan bebas bersama EU yang menyeluruh pada 1 Januari 2021.

Mereka juga menjelaskan bahawa para pembuat dasar telah diberi penerangan tentang bagaimana kadar negatif dapat diterapkan iaitu jika prospek tahap keseimbangan inflasi dan output pada satu ketika berada di paras yang rendah.

Walau bagaimanapun, bersinarnya semula harapan Brexit telah mendorong pemulihan pound pada pertengahan sesi dagangan AS hari ini dengan GBP/USD kembali ke paras pra-pengumuman BoE sekitar 1.2960.

Rundingan Brexit menjadi semakin tidak menentu apabila PM Johnson mencadangkan sebuah perundangan baru yang akan melanggar undang-undang antarabangsa akibat tidak mematuhi perjanjian peralihan berkaitan Ireland Utara.

Namun begitu, memetik laporan Financial Time, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata bahawa beliau yakin perjanjian perdagangan antara EU dan UK masih boleh dilaksanakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: