diesel singapore

Singapura: Tiada Pendafataran Baharu Bagi Kenderaan Diesel, Teksi Bermula Januari 2025

Singapura akan menghentikan pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu pada 1 Januari 2025, sejajar dengan matlamat mereka untuk mencapai kenderaan tenaga bersih menjelang 2040.

Penguasa Pengangkutan Darat Singapura telah mengumumkan bahawa kereta diesel sedia ada yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2025, masih boleh memperbaharui Sijil Kelayakan mereka, tetapi mereka akan menghadapi kenaikan cukai jalan sebagai penghalang untuk tidak menggalakkan pembaharuan.

“Mulai 1 Januari 2025, pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu tidak lagi dibenarkan.

“Dengan alternatif tenaga lebih bersih kini tersedia secara meluas, bahagian pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu kekal di bawah satu peratus sejak 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, sekatan ini tidak akan dikenakan ke atas import dan pendaftaran kereta di bawah Skim Kenderaan Klasik dan Skim Kenderaan Vintaj.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *