Skrip Lama Berulang, Fed Kekal Di Landasan ‘Rate Hike’

Skrip Lama Berulang, Fed Kekal Di Landasan ‘Rate Hike’

Skrip lama berulang, pasaran buruh kukuh namun paras gaji kekal rendah. Bilangan pekerjaan dalam ekonomi US meningkat kepada 228K dengan data yang dik

Skrip lama berulang, pasaran buruh kukuh namun paras gaji kekal rendah. Bilangan pekerjaan dalam ekonomi US meningkat kepada 228K dengan data yang dikaji semula turut naik +3 ribu pekerjaan.

Pendapatan pula hanya naik sekitar 0.2% dengan data kaji semula bacaan yang lalu susut  -0.1%. Hal ini menyebabkan pertumbuhan gaji tahun ke tahun (y/y) kekal sekitar 2.5%, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan setinggi 2.7%

Seperti yang diramalkan (baca di sini) US dolar secara keseluruhannya sedikit jatuh berbanding matawang lain, namun masih dalam posisi uptrend yang kuat.

Walau bagaimanapun, laporan NFP dan juga pendapatan hari ini dlihat tidak akan menjejaskan keputusan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Disember berikutan pasaran masih optimis dengan perkembangan reformasi cukai AS.

Fed Kekal Di Landasan ‘Rate Hike’

Keputusan akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Bakal pengerusi Fed baru, Powell telah menjelaskan bahawa rate hike akan tiba dan hal ini turut disokong oleh Yellen apabila beliau mengatakan bahawa perlunya kepada kenaikan kadar secara beransur-ansur.

Isu kelemahan inflasi kekal misteri, namun hal ini dapat dilihat pada pertumbuhan pendapatan yang perlahan.

Powell dijangka akan menahan diri daripada membuat sebarang perubahan pada Mac 2018 termasuk menukarkan dot-plot Fed selepas beliau mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Februari depan.

Oleh itu, pasaran menghadapi kesukaran untuk menilai sebarang perubahan pelan berdasarkan keputusan terakhir Yellen sebagai pengerusi Fed yang bakal diumumkan minggu hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: