Sokongan 139 Negara OECD Diperlukan, Cukai Global Masih Jauh Dari Realiti

Sokongan 139 Negara OECD Diperlukan, Cukai Global Masih Jauh Dari Realiti

Perjanjian antara tujuh negara terkaya dunia untuk menetapkan cukai minimum global ke atas syarikat terbesar kini menempuh jalan pelaksanaan yang pan

Perjanjian antara tujuh negara terkaya dunia untuk menetapkan cukai minimum global ke atas syarikat terbesar kini menempuh jalan pelaksanaan yang panjang dan beralun.

Laluannya begitu rumit walaupun di kalangan negara kaya G7 yang menyokong rancangan itu, dengan Presiden AS Joe Biden masih perlu meyakinkan anggota Kongres yang cenderung untuk menolak keputusan tersebut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara telah berdebat mengenai percukaian keuntungan ke atas syarikat-syarikat besar di luar negara, terutama syarikat teknologi AS.

Tetapi suasana telah berubah ketika pemerintah mencari sumber pendapatan baru setelah mengeluarkan sejumlah besar dana untuk melindungi ekonomi mereka daripada krisis koronavirus.

Perjanjian antara Amerika Syarikat dan rakan-rakan G7 Britain, Perancis, Jepun, Itali, Jerman dan Kanada di London pada hujung minggu adalah hanya langkah pertama bagi satu proses yang panjang.

Pembaharuan kini akan dibincangkan bersama menteri-menteri kewangan Kumpulan 20 negara membangung pada mesyuarat Julai hadapan.

lke Asen, seorang penganalisis dasar di badan pemikir Yayasan Cukai di Washington berkata “bahagian paling sukar” adalah rundingan dan sokongan antara 139 buah negara di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

“Saya jangka kita mungkin memerlukan beberapa tahun sebelum rancangan ini akhirnya dapat dilaksanakan,” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: