Sokongan Arab Saudi Menolak Harga Minyak Lebih Tinggi

Sokongan Arab Saudi Menolak Harga Minyak Lebih Tinggi

Harga meningkat pada hari Khamis naik ke paras tertinggi tiga tahun setengah yang lalu, didorong oleh penurunan bekalan rasmi minyak AS dan juga usaha

Harga meningkat pada hari Khamis naik ke paras tertinggi tiga tahun setengah yang lalu, didorong oleh penurunan bekalan rasmi minyak AS dan juga usaha pengeksport besar Arab Saudi menolak harga lebih tinggi dengan menghadkan pengeluran mereka.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI naik 87 sen kepada $69.34 per tong setakat jam 8.20 malam.

Manakala minyak Brent pula naik $1.04 kepada $74.51, paras terbaik sejak 2 Disember 2014 yang lalu.

Sebahagian penganalisis melihat harga minyak terlalu tinggi dalam tempoh masa yang pendek, oleh itu beberapa petunjuk lain diperlukan bagi memberi sokongan dari sudut fundamental.

Pengeluar utama termasuk Rusia telah bekerjasama dengan OPEC untuk menghadkan pengeluaran minyak mereka pada tahun 2017 bagi mengatasi lebihan bekalan yang telah menekanan harga sejak tahun 2014 yang lalu.

Pengeksport besar Arab Saudi turut menyatakan sokongan mereka terhadap peningkatan harga WTI ke paras $80 atau $100 setong. Hal ini menunjukkan Saudi tidak akan mengubah perjanjian had pengeluaran yang telah disepakati.

OPEC dan negara yang terlibat dalam perjanjian had pengeluaran akan bertemu di Jeddah, Arab Saudi pada 20 April bagi membincangkan lebih lanjut perkembangan semasa dan kadar patuh syarat yang dicapai sepanjang perjanjian dilaksanakan.

Pada 22 Jun pula, kesemua negara yang terlibat dalam perjanjian akan mengulas dan mengkaji semula dasar pengeluaran minyak yang telah dilaksanakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: