S&P Global Ratings: Gelombang Kecairan Dolar AS Kembali Ke Asia Secara Bertahap

S&P Global Ratings: Gelombang Kecairan Dolar AS Kembali Ke Asia Secara Bertahap

S&P Global Ratings dalam satu kenyataannya pada hari Khamis berkata gelombang kecairan dolar AS kembali beralih ke Asia, didorong oleh kedudukan

S&P Global Ratings dalam satu kenyataannya pada hari Khamis berkata gelombang kecairan dolar AS kembali beralih ke Asia, didorong oleh kedudukan kewangan syarikat yang kukuh termasuk GLC seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Agensi penarafan ini juga berkata mereka telah melihat tanda-tanda awal untuk membuka semula pemilihan pemaju-pemaju China bertaraf BB.

Penganalisis kredit S&P Global Ratings, Xavier Jean mengatakan, kecairan dolar kelihatan akan kembali ke Asia, namun secara bertahap selepas aliran terhenti beberapa minggu pada bulan Mac dan April.

“Walau bagaimanapun, sebahagian besar penerbit akan tetap bertahan dari pembiayaan dolar yang baru, dan S&P Global Ratings menjangkakan pasaran ini akan berpecah antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki sehingga situasi selepas Covid semakin jelas”, tambah Jean.

Beliau juga menyebutkan bahawa syarikat pelaburan milik kerajaan lebih mudah untuk mengumpul dana.

Manakala entiti syarikat gred spekulatif yang mempunyai pilihan dana yang terhad, sokongan kerajaan yang kecil dan outlook perniagaan yang tidak menentu dilihat lebih sukar untuk mengakses pasaran dolar pada waktu pre-pendamik.

Pasaran bon dolar AS telah menjadi jalan kepada para pelabur global untuk mengakses risiko kredit di Asia, terutamanya di China, dan Asia Selatan dan Tenggara.

Bagi sebahagian penerbit, terutama syarikat bertaraf spekulatif, kecairan dolar AS juga menjadi sumber pembiayaan penting untuk pelaburan modal dan pembiayaan semula.

S&P Global Ratings menilai hampir AS$ 160 billion hutang baru AS dolar pada tahun 2019 dari penerbit Asia-Pasifik, meningkat hampir dua pertiga dari awal dekad yang lalu, dengan penerbit semakin tertarik dengan kecairan dan kemudahan akses pasaran luar pesisir.

Bergantung pada geografi, bon dolar AS dihitung telah menyumbang 25% -75% pembiayaan bagi firma-firma Asia, terutamanya di negara-negara dengan pasaran kewangan yang kurang mendalam, seperti Indonesia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: