Spekulasi ‘Darurat’ Melemahkan Ringgit Di Saat Akhir

Spekulasi ‘Darurat’ Melemahkan Ringgit Di Saat Akhir

Ringgit Malaysia terus melemah berbanding dolar AS dan matawang utama yang lain berikutan landskap politik domestik telah memicu suasan risk-off.

Ringgit Malaysia terus melemah berbanding dolar AS dan matawang utama yang lain berikutan landskap politik domestik telah memicu suasan risk-off.

Ketua ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata greenback kini memperoleh kekuatan daripada kemajuan positif rundingan pakej bantuan Covid-19 AS yang baru.

Tambahan pula, landskap politik yang mewarnai negara ketika ini turut menjadi perbincangan yang hangat di kalangan para pelabur, jelas beliau.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Pihak media berspekulasi bahawa kerajaan berkemungkinan akan mengisytiharkan darurat dalam usaha memerangi penularan Covid-19.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata dolar AS berpotensi mengekalkan pengukuhan berbanding ringgit sehingga pengesahan rasmi diumumkan oleh kerajaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: