"Chinese and Sri Lankan national flags flutter on a lamppost on the Tiananmen Square in Beijing, China, 7 April 2016."

Sri Lanka Tolak Jaminan Keluar IMF, Mengharap Pinjaman Baharu Dari China

Sri Lanka menolak jaminan keluar daripada IMF dan berkata bahawa mereka merancang untuk mendapatkan pinjaman lain daripada China bagi menangani krisis ekonomi yang telah menyebabkan kekurangan makanan dan bahan api.

Ekonomi negara yang sangat bergantung kepada sektor pelancongan itu telah pun dirosakkan oleh pandemik dengan pasa raya mencatu barangan dan pemadaman berterusan yang dikenakan oleh pihak utiliti susulan tidak dapat membiayai import minyak.

Agensi penarafan antarabangsa telah memberi amaran tentang kegagalan Sri Lanka untuk membayar balik hutang luar negara yang bernilai AS$35 bilion (RM146 bilion) berikutan perbendaharaan menghadapi masalah simpanan pertukaran asing dan jurang defisit bajet yang semakin mengembang.

Bagaimanapun, gabenor bank pusat Sri Lanka, Ajith Nivard Cabraal menolak gesaan daripada pakar ekonomi tempatan dan antarabangsa untuk mendapatkan jaminan keluar daripada IMF dan penyusunan semula hutang.

“IMF bukanlah tongkat sakti. Pada ketika ini, alternatif lain adalah lebih baik daripada pergi ke IMF,” tegas Cabraal.

Beliau juga berkata bahawa perbincangan dengan China mengenai pinjaman baharu berada pada “peringkat lanjutan”, dan perjanjian baharu akan membayar hutang sedia ada kepada Beijing.

“Mereka akan membantu kami membuat pembayaran balikā€¦ pinjaman baru yang datang dari China adalah untuk menampung pembayaran balik hutang kami kepada China sendiri,” jelasnya.

Beijing sudah pun menjadi pemberi pinjaman dua hala terbesar bagi Sri Lanka, menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada hutang luar negara mereka.

Kegagalan Sri Lanka membayar balik hutang AS$1.4 bilion bagi pembinaan pelabuhan di selatan, memaksa mereka untuk menggadai kemudahan itu kepada sebuah syarikat China selama 99 tahun pada 2017.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *