Standard Charted: BNM Dijangka Umumkan ‘Rate Cut’ Kali Kelima Pada 3 November

Standard Charted: BNM Dijangka Umumkan ‘Rate Cut’ Kali Kelima Pada 3 November

Standard Chartered Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan 0.25% kadar faedah atau dikenali dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat ka

Standard Chartered Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan 0.25% kadar faedah atau dikenali dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali kelima dalam mesyuarat terakhir tahun 2020, yang bakal berlangsung pada 3 November hadapan.

Standard Chartered dalam notanya hari ini berkata perlaksanaan PKPB baru-baru ini berkemungkinan akan mengalihkan tumpuan kepada sokongan dasar yang baru.

Tambahan pula, PKPB terbaru yang dilanjutkan sehingga 9 November juga berpotensi mengancam prospek pertumbuhan KDNK negara tahun ini daripada -3.5% kepada -5.5%

“Perkara ini mungkin akan memberi panduan kepada keputusan BNM 3 November nanti,” jelas Standard Chartered.

Pihak bank walau bagaimanapun melihat pemotongan tersebut berkemungkinan tidak akan meransang aktiviti ekonomi, namun kadar faedah yang rendah cukup untuk menurunkan kos pembiayaan dan bakal menjana lebih simpanan tunai kepada isi rumah.

Di samping itu, antara isu yang dibimbangkan dengan jangkaan OPR ini adalah kestabilan pertukaran asing, termasuk memastikan pilihanraya AS, inflasi dan pertumbuhan menjadi pertimbangan utama sebelum memutuskan dasar.

“Dengan mesyuarat dasar BNM berikutnya yang hanya berkemungkinan akan dijalankan pada Januari 2021, kami menjangkakan bank pusat akan segera memberikan sokongan tambahan menerusi monetari,” tambah mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: