Standard Chartered: BNM Dijangka Umumkan ‘Rate Cut’ Kedua Pada 5 Mei

Standard Chartered: BNM Dijangka Umumkan ‘Rate Cut’ Kedua Pada 5 Mei

Bank Standard Chartered dalam nota kajiannya menjangkakan BNM akan menurunkan 50 mata asas (bps) kadar faedah (OPR) kepada 2 peratus pada hari esok,

Bank Standard Chartered dalam nota kajiannya menjangkakan BNM akan menurunkan 50 mata asas (bps) kadar faedah (OPR) kepada 2 peratus pada hari esok, dan akan terus memotong 25 bps pada bulan Julai.

Menerusi laporan Bernama, Standard Chartered menyebut bahawa jangkaan pemotongan kadar faedah sehingga 1.75% pada tahun ini akan menjadikkanya angka terendah yang pernah direkodkan sejak krisis kewangan global 2008-2009.

“Walaupun kenyataan dasar kewangan bulan Mac lalu seimbang dan tidak dovish, kami percaya keadaan ekonomi telah semakin memburuk sejak Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu”, jelas Standard Chartered.

Pada awal tahun yang lalu, BNM telah memotong 50 bps kadar faedah, dan Standard Chartered bank melihat pemotongan 50 bps pada bulan ini adalah wajar bagi mengimbangi keperluan menambah ransangan dan menstabilkan keputusan monetari.

“Tambahan pula, unjuran pertumbuhan masih tidak menentu. Sementara kesan bantuan fiskal adalah signifikan, sokongan tidak langsung daripada moratorium kepada individu dan peniaga oleh institusi perbankan turut menyumbang sokongan yang besar”, tambah mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: