Status Yen (JPY) Sebagai Safe Haven Masih Kukuh Berbanding Dollar

Status Yen (JPY) Sebagai Safe Haven Masih Kukuh Berbanding Dollar

USD/JPY gagal untuk meneruskan lonjakan 40 pips daripada paras terendah 112.80 semalam, didorong oleh tekanan penjualan yang masih kuat pada sesi daga

USD/JPY gagal untuk meneruskan lonjakan 40 pips daripada paras terendah 112.80 semalam, didorong oleh tekanan penjualan yang masih kuat pada sesi dagangan keempat minggu ini.

Pasangan matawang ini walau bagaimanapun berjaya mendaki melepasi paras 113.00 dan kini masih kekal berada di dalam julat tertinggi sesi dagangan Asia hari Selasa sekitar 113.33, naik 0.11% daripada penutupan harga yang lalu.

Faktor yang masih menghalang pemulihan USD/JPY adalah disebabkan oleh status Yen Jepun sebagai matawang safe haven dalam keadaan sentimen pelabur masih tertekan dengan ketidaktentuan ekonomi global.

Berlatar belakangkan konflik perdagangan AS-China yang memuncak sehingga memaksa IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global buat pertama kali sejak tahun 2016 serta isu pelan belanjawan Itali di Eropah, telah mengurangkan daya tarik pelabur kepada aset-aset yang lebih berisiko.

Hal ini dapat dilihat oleh penjualan yang konsisten pada pasaran ekuiti global.

Di samping itu, kesan daripada perang perdagangan, China juga telah memotong keperluan rizab mereka sebanyak 1% akibat daripada kekurangan kecairan dan pergerakan ekonomi yang semakin perlahan.

Namun begitu, sokongan terhadap dollar yang kuat dengan prospek rate hike beransur-ansur pada bulan Disember dan tahun berikutnya masih menjadi daya tarikan positif sehingga berjaya menghadkan kerugian dollar berbanding yen.

Sebahagian penganalisis melihat pemulihan USD/JPY sebagai peluang untuk meletakkan posisi jualan yang baru, didorong oleh ketiadaan data ekonomi berimpak tinggi pada hari ini.

Secara teknikal, zon supply terhampir berada sekitar harga 113.50/55, dan penembusan zon ini membuka ruang kepada peningkatan sehingga paras 114.00

Paras 113.00/112.80 pula menjadi zon support terhampir untuk dipertahankan. Sekiranya gagal, USD/JPY berpotensi untuk turun lebih cepat sehingga 112.50 dan kemudian ke paras 112.25

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: