pound-23

Sterling Jatuh Ke Paras Terendah Sepanjang Masa, Spekulasi UK Akan Umumkan Fiskal Terbesar

Sterling jatuh ke paras terendah sepanjang masa pada Isnin apabila peniaga bertindak pantas untuk menjualnya berikutan spekulasi bahawa kerajaan baharu UK akan merancangan dan menggubal belanjawan terbesar.

Setakat jam 10.40 pagi, pasangan mata wang GBP/USD didagang sekitar 1.0581, 2.50% lebih lemah berbanding harga sebelumnya.

Kejatuhan itu adalah lanjutan penurunan 3.61% yang direkodkan pada hari Jumaat yang lepas apabila menteri kewangan UK yang baharu, Kwasi Kwarteng mendedahkan pemotongan cukai bersejarah yang dibiayai oleh peningkatan besar dalam peminjaman.

Sebahagian penyelidik menyebutkan bahawa sterling semakin ditekan dan para pelabur sedang mencari jawapan daripada Bank Pusat England kerana keputusan menteri kewangan itu dilihat tidak mapan ketika pertumbuhan negara merosot dan defisit berkembar.

Kejatuhan mendadak pound sterling itu telah mendorong indeks dolar AS yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama ke puncak baru dua dekad.

Indeks USD masih didagang 0.40% lebih tinggi ke paras 113.70 mata, sedikit merosot setelah mencapai puncak tertinggi Mei 2002, 114.58 mata.

Mata wang tunggal euro pula susut ke paras sokongan terendah 20 tahun berbanding dolar berikutan kebimbangan kemelesetan dengan krisis tenaga yang berlanjutan menjelang musim sejuk.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *