pound-23

Sterling Meroket, Menteri Kewangan UK Sedia Untuk Dedahkan Rancangan Belanjawan Baharu

Sterling melonjak tinggi pada hari ini apabila menteri kewangan baharu Britain bersedia untuk mendedahkan langkah-langkah cukai dan perbelanjaan baharu yang bertujuan untuk menenangkan pasaran selepas kegagalan belanjawan bekas menteri kewangan lalu dilaksanakan.

Setakat jam 8.50 malam, GBP/USD didagang sekitar AS$1.1342, dengan peningkatan mencecah 1.53 peratus.

Bagi menyelamatkan karier politiknya, PM Britian Liz Truss telah memecat Kwasi Kwarteng dan menaikkan Jeremy Hunt sebagai menteri kewangan yang baharu pada Jumaat yang lepas.

Hunt dijangka akan melupuskan semua rancangan pendahulunya dan memberi amaran tentang kenaikan cukai apabila beliau secara dramatik mengubah arah program radikal berhaluan kanan Truss.

“Ia menunjukkan bahawa mereka bergerak kembali ke tahap kewajaran fiskal yang tertentu dan menggunakan tinjauan fiskal yang lebih berhemat,” kata Peter Kinsella, dari Union Bancaire Privee UBP SA.

Pound bertahan di atas AS$1.12, setelah merosot pada Jumaat berikutan ketidaktentuan di parlimen UK, manakala sidang akhbar oleh Truss tidak banyak membantu mengembalikan keyakinan pelabur.

Bon juga meningkat pada hari pertama tanpa sokongan Bank Pusat England (BoE), mengisyaratkan tindak balas kepada kegawatan yang disebabkan oleh belanjawan mini Kwarteng sebelum ini.

“Tidak ada keraguan bahawa perkara yang baru berlaku ini telah menghancurkan keyakinan terhadap… kerajaan semasa, dan kepercayaan apabila dilepaskan biasanya sangat sukar untuk dikembalikan,” kata Michael Hewson dari CMC Markets.

“Persoalan yang lebih luas sekarang ialah apa yang akan berlaku pada mana-mana belanjawan baharu, dan sama ada Canselor baharu Jeremy Hunt boleh menstabilkan bahtera ketika kadar faedah global meningkat,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *