Steven Mnuchin: TikTok Perlu Menjadi Syarikat AS Untuk Terus Beroperasi

Steven Mnuchin: TikTok Perlu Menjadi Syarikat AS Untuk Terus Beroperasi

TitkTok perlu menjadi "syarikat berpangkalan di AS yang dikawal oleh para pelabur AS" atau akan diharamkan operasi mereka di sini, kata Setiausaha Pe

TitkTok perlu menjadi “syarikat berpangkalan di AS yang dikawal oleh para pelabur AS” atau akan diharamkan operasi mereka di sini, kata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin semalam.

Komen Mnuchin ini dikeluarkan kerana ketidakpastian mengenai perjanjian yang diantara AS untuk mengatur semula pemilikan aplikasi video pendek terkenal China yang dikatakan mengancam keselamatan negara.

Mnuchin berkata kesepakatan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membenarkan syarikat gergasi Silicon Valley, Oracle dan Walmart memegang entiti operasi yang baru bernama TikTok Global adalah “hasil yang hebat”.

“Sekiranya perjanjian itu dapat diikat dengan syarat kami, kami akan melakukannya,” katanya kepada CNBC.

“Jika tidak, ia akan ditutup. Sebarang perjanjian akan memenuhi semua isu keselamatan negara kita”, tambah beliau.

Presiden Trump bersetuju untuk meluluskan rancangan pengambilan operasi TikTok dari ByteDance, namun masih belum jelas apakah kesepakatan ini akan dipersetujui oleh Beijing.

China telah mendakwa tindakan Trump untuk mengambil alih TikTok di sana sebagai satu bentuk pembulian dan salah guna kuasa negara.

Dakwaan China juga dilihat selari dengan keputusan mahkamah tinggi AS pada hari Ahad lalu yang mengatakan rancangan kerajaan mengharamkan muat turun baru aplikasi TikTok adalah berkemungkinan melebihi kuasa undang-undang mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: