Sukar Untuk Meramalkan Apakah Bentuk Pemulihan Ekonomi Negara – Presiden Fed NY

Sukar Untuk Meramalkan Apakah Bentuk Pemulihan Ekonomi Negara – Presiden Fed NY

Tahap pengangguran A.S. mungkin akan bertambah buruk sebelum pulih, dan sukar untuk mengetahui apakah bentuk pemulihan ekonomi, kata Presiden Fed New

Tahap pengangguran A.S. mungkin akan bertambah buruk sebelum pulih, dan sukar untuk mengetahui apakah bentuk pemulihan ekonomi, kata Presiden Fed New York John Williams pada hari Khamis.

Data ekonomi terbaru belum memberi gambaran secara menyeluruh tentang situasi sebenar yang sedang dihadapi oleh setiap isi rumah berikutan sebahagian mereka telah berhenti bekerja sepenuhnya akibat faktor kesihatan dan ada juga yang terpaksa menjaga ahli keluarga.

Kadar pengangguran naik mendadak kepada 14.7% pada bulan April, “sangat pasti ianya akan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik”, ujar Williams.

Beliau turut menyebutkan lebih banyak informasi tentang masalah ekonomi daripada pelbagai industri yang terkesan dengan virus dan berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk ekonomi kembali pulih.

“Apa yang tidak kita ketahui adalah bentuk dan skala masa bagi pemulihan”, jelas Williams.

“Akan ada beberapa waktu sebelum kita memperoleh pandangan yang lebih jelas tentang impak ke atas industri-industri lain termasuk kenderaan, pengajian tinggi, pembuatan dan perkhidmatan profesional, tambah beliau.

Ketika mengulas tentang keputusan dasar, William mengatakan bahawa kadar faedah akan kekal rendah sehingga ahli FOMC yakin bahawa ekonomi telah stabil dan berada di atas landasan untuk mencapai kestabilan harga dan kadar pekerjaan maksimum.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: