‘Super Thursday’ BoE: Apakah MPC Akan Membuat Kejutan?

‘Super Thursday’ BoE: Apakah MPC Akan Membuat Kejutan?

Pada bulan Ogos lalu, BoE telah menaikkan kadar faedah ke paras 0.75% dan laporan Suku Tahun Inflasi turut dikeluarkan bersama pengumuman tersebut.

Pada bulan Ogos lalu, BoE telah menaikkan kadar faedah ke paras 0.75% dan laporan Suku Tahun Inflasi turut dikeluarkan bersama pengumuman tersebut.

BoE mengambil keputusan tersebut berikutan inflasi telah meningkat pada kadar yang lebih cepat. Walaupun setiap ahli MPC (Monetary Policy Committee) termasuk Gabenor Mark Carney sebulat suara mengundi untuk menaikkan kadar faedah, namun mereka tetap ragu dengan tahap ketidakpastian yang tinggi daripada Brexit.

Kadar faedah dijangka kekal pada mesyuarat hari ini dan pada pertemuan yang seterusnya sehingga terdapat sesuatu yang jelas mengenai Brexit atau sebarang perubahan yang signifikan pada unjuran ekonomi.

Melihat kepada ekonomi, data-data menunjukkan perkembangan yang baik terhadap jualan runcit, perdagangan, inflasi dan pertumbuhan gaji.

Namun begitu, angka ini dikaburi oleh aktiviti sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan yang bergerak lebih perlahan pada bulan yang lalu.

Pasaran tidak menjangkakan sebarang rate hike akan diumumkan sehingga pertengahan tahun hadapan, oleh itu kita akan melihat sekali lagi sebulat suara undian untuk tidak mengekalkan kadar faedah pada hari ini.

Para pelabur pound walau bagaimanapun dijangka akan lebih sensitif dengan apa jua perubahan. Sekirnya terdapat undian untuk menaikkan kadar atau sebarang kenyataan yang menggambarkan kemungkinan pengetatan akan berlaku dalam tempoh masa terdekat, pound akan melonjak naik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: