Susulan 48 Kes Kematian Di Korea Selatan, KKM Hentikan Sementara Penggunaan Dua Vaksin Influenza.

Susulan 48 Kes Kematian Di Korea Selatan, KKM Hentikan Sementara Penggunaan Dua Vaksin Influenza.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan penghentian sementara penggunaan dua vaksin influenza, SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra, be

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan penghentian sementara penggunaan dua vaksin influenza, SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra, berikutan sejumlah laporan kes kematian dikaitkan dengan suntikan selsema di Korea Selatan.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof berkata kedua-dua vaksin itu adalah antara sembilan yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM.

Namun hanya VaxigripTetra,’Suspension for Injection in Prefilled Syringe’ sahaja yang dibekalkan kepada fasiliti kesihatan KKM.

Dr Faridah juga berkata, “Syarikat Sanofi Pasteur (pengeluar VaxigripTetra), telah mengumumkan bahawa nombor kumpulan vaksin VaxigripTetra yang digunakan di Korea Selatan tidak terdapat di pasaran negara lain, termasuk Malaysia”.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan susulan imunisasi vaksin influenza (Quadrivalent) di negara ini”, jelas beliau semalam.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah menasihatkan para doktor untuk menghentikan sementara penggunaan dua produk vaksin SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra.

Dua hari yang lepas, agensi berita tempatan melaporkan 48 individu telah meninggal dunia di Korea Selasa selepas menerima suntikan vaksin influenza.

Kementerian Kesihatan Korea Selasa juga baru-baru ini berkata, tujuh vaksin influeza dikenal pasti diberikan kepada mangsa yang meninggal dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: