Susut 3 Minggu Berturut-turut, USD Perlukan Fed Sebagai Penyelamat

Susut 3 Minggu Berturut-turut, USD Perlukan Fed Sebagai Penyelamat

Dolar mengekalkan kejatuhan selama tiga minggu berturut-turut, menjadi petunjuk bahawa keyakinan pengguna terhadap pertumbuhan ekonomi US semakin lema

Dolar mengekalkan kejatuhan selama tiga minggu berturut-turut, menjadi petunjuk bahawa keyakinan pengguna terhadap pertumbuhan ekonomi US semakin lemah dan terus menekan sentimen bulls US dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.94% pada minggu lalu, tutup di paras 92.72.

Tanpa sebarang sokongan fundamental berikutan data-data ekonomi yang bercampur, faktor utama penurunan USD pada minggu lalu adalah disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap unjuran inflasi US yang masih perlahan.

Walaupun pasaran yakin dengan rate hike pada bulan Disember, namun dengan jangkaan inflasi akan kekal berada di bawah sasaran 2% Fed untuk tempoh yang lebih lama memberi impak negatif terhadap jangkaan kenaikkan kadar di awal suku tahun hadapan.

Berdasarkan peratusan FedWatch CME Group, rate hike sepanjang tahun depan masih kekal di bawah 50% dan semakin menurun sejak laporan dovish minit mesyuarat Fed pada minggu lalu.

Tumpuan pasaran minggu ini adalah terhadap komen-komen ahli Fed termasuk Yellen dan Jerome bagi meneliti pandangan mereka terhadap dasar ekonomi semasa dan inflasi.

Antara data yang menjadi fokus minggu ini adalah pendapatan dan perbelanjaan individu AS yang menjadi metrik ukuran bank pusat dalam inflasi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: