Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, Shanghai Zhinzhen Intelligent Network Technology Co. Ltd yang turut dikenali dengan nama Xiao-i telah memfailk
Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, Shanghai Zhinzhen Intelligent Network Technology Co. Ltd yang turut dikenali dengan nama Xiao-i telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Apple Inc atas dakwaan melanggar hak paten mereka.
Syarikat itu menuntut ganti rugi 10 bilion yuan (AS$ 1.43 bilion) dan turut meminta agar Apple menghentikan “pembuatan, penggunaan, janji untuk menjual, menjual, dan mengimport” produk yang melanggar hak paten, katanya dalam catatan media sosial hari ini.
Xiao-i menyatakan bahawa teknologi pengecaman suara Apple Siri telah melanggar hak paten yang dipohon oleh mereka pada tahun 2004 dan diberikan pada tahun 2009.
Apple belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tuntutan ini. Namun begitu, mahkamah tinggi China pada bulan Julai telah memutuskan bahawa paten tersebut adalah sah.
Keputusan di atas menjadi penanda bahawa isu pelanggaran hak paten tekonologi pengecaman suara ini telah berlangsung hampir satu dekad sejak Xiao-i mula membuat tuntutan ke atas Apple pada tahun 2012.
COMMENTS