Syarikat Apple Inc Kini Bernilai AS$ 2 Trilion

Syarikat Apple Inc Kini Bernilai AS$ 2 Trilion

Apple Inc menjadi syarikat AS yang pertama mencapai $2 trilion modal pasaran pada hari Rabu yang lalu. Walaupun pencapaian tersebut belum konsiste

Apple Inc menjadi syarikat AS yang pertama mencapai $2 trilion modal pasaran pada hari Rabu yang lalu.

Walaupun pencapaian tersebut belum konsisten, namun tetap signifikan, terutamanya apabila dunia sedang berhadapan dengan krisis wabak koronavirus.

Selain itu, Apple juga berjaya meningkatkan dua kali ganda modal pasaran mereka dalam tempoh 24 bulan.

Apple walau bagaimanapun bukanlah syarikat pertama di dunia yang berjaya meraih pencapaian modal tersebut, tetapi didahului oleh syarikat minyak Saudi Aramco pada Disember 2019.

Namun begitu, angka tersebut tidak bertahan seiring dengan kejatuhan ekuiti minyak, sekali gus menjadikan Apple sebagai syarikat paling berharga di dunia pada 4 Ogos 2020 yang lalu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Financial Times, saham Apple semalam telah mencecah $467.77 sesaham, menjadikan nilai keseluruhan syarikat mencecah $2 trilion.

Nilai ini dijangka tidak akan bertahan lama, akan tetapi pendapatan Apple masih dapat ditingkatkan menerusi perkhidmatan dan rancangan pelbagai jenis langganan yang baru pada tahun ini.

Sebahagian penganalisis melihat masa hadapan pembuat iPhone bukan sahaja terletak kepada hardware, tetapi juga pada perisiannya yang mana boleh dikatakan telah membantu Apple mendapat para pelanggan yang setia sehingga mencapai rekod modal pasaran di atas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: