Syarikat Pengendali Village Grocer Berpotensi Dijual Dengan Nilai RM1 Bilion

Syarikat Pengendali Village Grocer Berpotensi Dijual Dengan Nilai RM1 Bilion

Navis Capital Partners syarikat ekuiti swasta Asia dilapor sedang meninjau penjualan rangkaian pasar raya premium di Malaysia yang dijangka mencecah

Navis Capital Partners syarikat ekuiti swasta Asia dilapor sedang meninjau penjualan rangkaian pasar raya premium di Malaysia yang dijangka mencecah nilai kira-kira RM1 bilion.

Syarikat tersebut dilapor telah memohon bank untuk mengemukakan beberapa saranan tentang potensi penjualan The Food Purveyor Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan tiga jenama pasar raya Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G) dan OTK.

Penjualan tersebut akan melibatkan 30 buah cawangan yang berada di semenanjung Malaysia, meliputi kawasan Lembah Klang dan Johor Bahru.

Pada tahun 2014, Navis Capital telah membeli majoriti saham The Food Purveyor yang sebelum ini dikenali sebagai Village Grocer Holdings Sdn Bhd.

Memetik sumber tanpa nama, Bloomberg menyebutkan bahawa penelitian terhadap transaksi tersebut masih berlangsung tanpa sebarang keputusan muktamad

Sektor perniagaan pasar raya di Malaysia antara yang berdaya tahan sepanjang krisis wabak Covid-19 melanda negara, malah menunjukkan peningkatan aktiviti pada tahun lalu.

Namun jika Navis tetap bertindak menjual Village Grocer, mereka akan menyertai keluarga Teng dan Asean Industrial Growth Fund yang kini dalam proses menjual Jaya Grocer, rangkaian pasar raya mewah terbesar di Malaysia sejak Oktober lalu.

Selain itu, TF Value Mart, pengendali kedai runcit di Malaysia juga telah dijual kepada Intermediate Capital Group Plc pada bulan Disember yang lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: