Syarikat Perlu Rebut Peluang Perdagangan Pasca Brexit – Menteri Perdagangan UK

Syarikat Perlu Rebut Peluang Perdagangan Pasca Brexit – Menteri Perdagangan UK

Syarikat-syarikat Britain mesti berusaha lebih banyak untuk memanfaatkan laluan eksport baru yang dibuka oleh Brexit, kata menteri perdagangan UK, Li

Syarikat-syarikat Britain mesti berusaha lebih banyak untuk memanfaatkan laluan eksport baru yang dibuka oleh Brexit, kata menteri perdagangan UK, Liz Truss pada hari Selasa, menyeru peralihan dari “pertahanan ke penyerangan dalam perdagangan” bagi membantu mendorong pertumbuhan ekonomi.

Truss akan menunjukkan kepada badan penyelidik kerajaan tentang perbandingan kelebihan ekonomi, apa yang negara dapat lakukan dengan lebih baik dan berkesan berbanding negara-negara jiran yang lain menerusi penyediaan perkhidmatan digital dan kewangan kepada ekonomi Asia yang sedang berkembang pesat.

Dalam teks ucapannya, Truss berkata, “Jalan menuju kebangkitan ekonomi bukan terletak pada berundur dan pemberhentian pekerja tetapi dalam perdagangan bebas dan perusahaan bebas.”

“Perusahaan di Britain hanya dapat memperoleh keuntungan dari perdagangan bebas dengan menjual produk, inovasi, modal, dan idea mereka ke luar negara,” tambahnya.

Sejak meninggalkan Kesatuan Eropah, Britain telah mengalihkan fokus strategi perdagangan dan diplomatiknya dari negara jiran Eropah, menuju wilayah Indo-Pasifik di mana mereka melihat lebih banyak peluang untuk mengembangkannya di sana.

Strategi ini termasuk berusaha untuk mendapatkan keahlian blok perdagangan trans-Pasifik yang melibatkan Kanada, Australia, Jepun dan Singapura.

Jabatan Perdagangan Antarabangsa UK menerusi laporannya meramalkan bahawa trend perdagangan global hingga 2050 menunjukkan permintaan yang berlipat kali ganda terhadap perkhidmatan digital.

Urus niaga perdagangan kebiasaannya berfokus kepada penghapusan sempadan perdagangan, namun sejak meninggalkan EU, Britain dilihat sedang berusaha memasukkan perjanjian perdagangan digital dan piawaian umum dalam perkhidmatan profesional bagi memacu pertumbuhan sektor perkhidmatan.

Laporan itu turut menekankan bahawa bahagian eksport global Britain dalam sektor berkaitan perkhidmatan adalah yang tertinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: