Syarikat Pertukaran Kripto Terbesar China Pilih Singapura Sebagai Ibu Pejabat Serantau

Syarikat Pertukaran Kripto Terbesar China Pilih Singapura Sebagai Ibu Pejabat Serantau

Huobi Group, pengendali pertukaran mata wang kripto terbesar China, telah memilih Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya, kata pengasas bersama Du

Huobi Group, pengendali pertukaran mata wang kripto terbesar China, telah memilih Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya, kata pengasas bersama Du Jun.

Singapura telah menjadi pangkalan baharu syarikat itu susulan peralihan operasi di luar China berikutan sekatan dikenakan oleh Beijing, kata Du ketika menjawab pertanyaan daripada Bloomberg News.

Syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan satu lagi ibu pejabat seratau sama ada di Perancis atau UK pada 2023, tambahnya.

Walaupun Huobi sudah mempunyai pekerja yang menjalankan perniagaan pertukaran di luar Singapura sejak beberapa tahun yang lalu, penubuhan ibu pejabat rasmi di negara itu menandakan pemisahan yang lebih jauh dari negara asalnya, China.

Kerajaan China pada bulan September yang lalu telah mengharamkan semua transaksi dan perkhidmatan kripto di negara mereka.

Huobi, yang diasaskan di China pada 2013, berkata mereka akan mengeluarkan semua pengguna China menjelang akhir tahun ini.

Asia Tenggara merupajan pasaran yang menarik di mana bilangan pengguna dagangan telah meningkat empat kali ganda sepanjang bulan lalu, jelas Du.

“Singapura telah meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam penggunaan mata wang kripto dan telah menarik syarikat crypto dan fintech,” kata Ulisse Dellorto, pengarah urusan firma penyelidikan Chainalysis Asia-Pasifik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: