Tanpa Pergerakan Yang Signifikan, Kesemua Pasangan Matawang Utama Kekal Dalam Julat Yang Diketahui

Tanpa Pergerakan Yang Signifikan, Kesemua Pasangan Matawang Utama Kekal Dalam Julat Yang Diketahui

Keyakinan berkaitan isu hubungan perdagangan AS dan China telah mengekalkan pasaran dalam mood risk-on sepanjang dua sesi dagangan yang lalu. Waki

Keyakinan berkaitan isu hubungan perdagangan AS dan China telah mengekalkan pasaran dalam mood risk-on sepanjang dua sesi dagangan yang lalu.

Wakil dari kedua-dua belah negara telah mengeluarkan komen yang positif selepas berbincang menerusi panggilan telefon lewat hari Isnin yang lepas.

“Kedua-dua pihak melihat kemajuan dan berkomitmen untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan kejayaan perjanjian,” kata Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer.

Kementerian Perdagangan China pula menyebutkan rundingan bersama AS tersebut sebagai sebuah “dialog yang membina”.

Mood positif pasaran walau bagaimanapun merosot selepas data keyakinan CB AS jatuh ke paras terendah enam tahun pada bulan Ogos, sekali gus mengakibatkan peningkatan USD dan kemunduran ekuiti dari paras tertinggi intraday.

Namun begitu, dengan pergerakan yang terhad tanpa arah yang lebih signifikan, kesemua pasangan matawang utama kekal dalam julat yang diketahui sepanjang hari Rabu lalu.

EUR/USD kekal bertahan di atas 1.18, namun kekurangan momentum, sementara GBP/USD meningkat, namun kekal di bawah 1.32

Bursa saham Wall Street tutup dalam keadaan bercampur dengan indeks Dow Jones menghadapi kerugian sementara S&P 500 pula kekal hijau selepas mencapai paras tertinggi tiga sesi berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: