Tarif Anti-China Yang Diumumkan Oleh Trump Terus Menekan USD

Tarif Anti-China Yang Diumumkan Oleh Trump Terus Menekan USD

Dollar terus berundur pada sesi dagangan Asia hari Isnin, didorong oleh risiko perkembangan yang negatif daripada perang perdagangan antara China &

Dollar terus berundur pada sesi dagangan Asia hari Isnin, didorong oleh risiko perkembangan yang negatif daripada perang perdagangan antara China & AS.

Indeks dollar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 89.05, susut 0.06% pada jam 1.40 petang, bergerak menghampiri paras terendah bulan Mac.

Pada minggu yang lalu, Presiden AS Donald Trump telah menandatangani memorandum bagi memperkenalkan tarif berjumlah hampir $60 billion ke atas barangan import China dengan menjelaskan bahawa tindakan tersebut diambil bagi menghalang salah guna harta intelek Amerika Syarikat.

Antara tindak balas yang cuba diambil oleh negara tembok besar terhadap pengumuman tarif anti-China tersebut adalah dengan mencadangkan penetapan cukai ke atas $3 billion barangan import AS.

China sedang merancang untuk mengenakan 15% tarif ke atas paip keluli, buah-buahan, wain dan beberapa produk import yang lain daripada AS. Selain itu, 25% tarif juga akan dikenakan ke atas daging babi dan barangan kitar semula aluminium.

Tekanan yang muncul akibat isu perang perdagangan ini telah menenakan risk appetite pelabur dan melihat peningkatan terhadap matawang safe haven seperti Yen.

Selain itu, skandal politik Jepun yang melanda pentadbiran Abe turut meningkatkan tekanan di dalam ekonomi. Bagi menghindarkan risiko daripada pasaran bervolatiliti tinggi, permintaan matawang safe haven seperti Yen akan meningkat.

USD/JPY kini didagang sekitar paras 104.98 selepas jatuh daripada harga 106 pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: