Tarif Trump Bayangi Pusingan Terakhir Rundingan NAFTA

Tarif Trump Bayangi Pusingan Terakhir Rundingan NAFTA

Menteri-menteri AS, Kanada dan Mexico dijadualkan bertemu pada hari ini bagi menamatkan rundingan pusingan terakhir perjanjian NAFTA. Rundingan kal

Menteri-menteri AS, Kanada dan Mexico dijadualkan bertemu pada hari ini bagi menamatkan rundingan pusingan terakhir perjanjian NAFTA.

Rundingan kali ini dibayangi oleh cadangan tarif yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump pada minggu lalu ke atas import keluli dan aluminium.

Trump bakal mengenakan tarif sebanyak 25% kepada import keluli dan 10% ke atas aluminium bagi menjaga industri AS. Namun kedua-dua komoditi ini merupakan hasil pengeluaran penting rakan dagangan mereka iaitu Kanada dan Eropah.

Rundingan NAFTA diwakili oleh Robert Lightizer (Wakil Perdagangan AS), Chrystia Freeland (Menteri Luar Negeri Kanada) dan Ildefonso Guajardo (Menteri Ekonomi Mexico) . Isu tarif minggu lalu dijangka akan menghangatkan lagi perdebatan dalam pertemuan kali ini.

Negara Kanada dan Mexico dijangka akan mendesak wakil daripada AS supaya menjelaskan apakah mereka terkecuali daripada tarif yang bakal dikenakan.

Para pelabur bimbang dengan peningkatan tarif ini akan mengakibatkan perang perdangangan berlaku yang mana memberi impak negatif kepada ekonomi USD.

Walau bagaimanapun, dollar masih stabil berbanding matawang utama pada hari ini dengan indeks USD berada sekitar 89.95 selepas menyusut 0.41% pada hari Jumaat yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: