Tekanan Inflasi AS Mereda, Kuatkan Pendirian Fed Untuk Lebih Berhati-hati

Tekanan Inflasi AS Mereda, Kuatkan Pendirian Fed Untuk Lebih Berhati-hati

Tekanan inflasi di AS mula mereda. Indeks CPI atau harga pengguna meningkat 0.3% pada bulan Ogos, susut berbanding 0.5% pada bulan Julai. Ahli eko

Tekanan inflasi di AS mula mereda. Indeks CPI atau harga pengguna meningkat 0.3% pada bulan Ogos, susut berbanding 0.5% pada bulan Julai.

Ahli ekonomi telah menjangkakan penurunan itu, namun bacaan yang dikeluarkan adalah lebih besar daripada ramalan terutamanya pada harga teras.

Data bulanan inflasi teras hanya meningkat 0.1%, mendorong kadar tahun ke tahun susut daripada 4.3% kepada 4.0%, bacaan terendah sejak Februari.

Sejak beberapa bulan terakhir, Federal Reserve telah berulang kali menegaskan bahawa tekanan inflasi hanya bersifat sementara.

Walaupun pasaran meragui pandangan tersebut, laporan inflasi semalam telah menguatkan pendirian bank pusat bahawa mereka akan lebih berhati-hati dan bersedia untuk bertindak sesuai mengikut keadaan.

Fed pada Ogos telah melepaskan peluang untuk memberikan isyarat mengenai tapering, dan dijangka akan mengulanginya pada mesyuarat dasar minggu hadapan.

Malah sebelum laporan CPI, tekanan bertubi-tubi berikutan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan tekanan inflasi telah mendorong para penggubal dasar untuk menangguhkan rancangan untuk mengecilkan pembelian bon hingga November.

Kejatuhan hasil bon dan penjualan dolar AS menjadi petunjuk bahawa para pelabur kini sedang bersiap sedia menghadapi perkembangan yang negatif.

Sementara menantikan data jualan runcit pada Khamis yang dijangka merosot kali ketiga dalam tempoh empat bulan, greenback dilihat akan terus berdepan tekanan jangka masa pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: