Tekanan Penjualan EUR & GBP Mendorong Indeks USD Mendaki Ke Paras Tertinggi Tahunan Yang Baru

Tekanan Penjualan EUR & GBP Mendorong Indeks USD Mendaki Ke Paras Tertinggi Tahunan Yang Baru

Sentimen bullish terhadap greenback stabil sepanjang hari Isnin dengan indeks USD kekal di atas 99 mata sepanjang empat sesi berturut-turut. Indek

Sentimen bullish terhadap greenback stabil sepanjang hari Isnin dengan indeks USD kekal di atas 99 mata sepanjang empat sesi berturut-turut.

Indeks yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain sehingga jam 11.15 malam berada sekitar 99.10 mata, paras yang tidak pernah dilihat sejak Mei 2017 yang lalu.

Antara yang mendorong peningkatan tersebut adalah penjualan EUR akibat ditekan oleh jangkaan pelonggaran ECB yang lebih agresif serta aktiviti ekonomi EU yang terus bergerak perlahan.

Selain itu, pound turut jatuh mendadak berikutan senario politik UK yang semakin buruk kerana ketidaktentuan isu Brexit.

Fokus pelabur dollar kini tertumpu kepada laporan ISM Pembuatan, ADP, NFP dan barisan ucapan ahli FOMC yang dijangka akan membentuk mood pasaran sepanjang minggu ini.

Tiga isu walau bagaimanapun masih berpotensi menyekat kemaraan greenback iaitu lengkungan hasil bon yang terbalik, perkembangan perang perdagangan AS-China dan rate cut Fed pada bulan September.

Berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh Jerome Powell di Simposium Jackson Hole, Fed akan bertindak sesuai dengan keadaan bagi mengekalkan perkembangan.

Walaupun tanpa sebarang penegasan mengenai laluan dasar yang akan dipilih, kenyataan tersebut tetap membuka pintu untuk diturunkan kadar faedah buat kali kedua pada bulan ini.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga kelemahan atau penghalang diatas masih berjaya ditutupi oleh tahap keyakinan pengguna dan angka GDP yang meyakinkan, sementara tekanan inflasi juga mula menunjukkan perubahan yang positif bagi jangka masa yang terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: