Temui Support, EUR/USD Kembali Naik Tembusi Harga 1.16

Temui Support, EUR/USD Kembali Naik Tembusi Harga 1.16

EUR/USD telah bergerak di dalam julat yang kecil sekitar 30 pips sepanjang dua sesi yang lepas sebelum berjaya membentuk support yang kuat di paras 1.

EUR/USD telah bergerak di dalam julat yang kecil sekitar 30 pips sepanjang dua sesi yang lepas sebelum berjaya membentuk support yang kuat di paras 1.1570

Lonjakan pasangan matawang ini melepasi paras kritkal 1.16 turut didorong oleh kelemahan data indeks PPI AS apabila bacaan yang diterbitkan lebih rendah daripada ramalan.

Inflasi Harga Pengeluar susut -0.1% pada bulan Ogos dan PPI Teras juga menunjukkan angka yang sama, jatuh -0.1% pada bulan lepas, di mana kedua-dua data ini adalah lebih rendah daripada jangkaan yang melihat bacaan indeks naik 0.2%

Selain itu, kejatuhan hasil bon AS turut melemahkan dollar dengan indeks USD kini jatuh daripada 95.20 kepada 94.78 mata.

Penembusan harga 1.16 telah mengukuhkan penguasaan pelabur ‘bull’ dan mengekalkan peningkatan EUR/USD untuk tiga hari berturut-turut.

EUR/USD kini didagang sekitar didagang sekitar paras 1.1639, naik 0.28% setakat jam 11.30 malam.

Secara teknikal, resistance terhampir berada di paras 1.1655 (R2) dan 1.1700 (R3). Manakala 1.1600 (S1) kembali menjadi support terdekat, kemudian pada harga 1.1570 (S2) dan 1.1525 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: