Tender Projek MRT3 Bakal Dibuka Pada Ogos – MRT Corp

Tender Projek MRT3 Bakal Dibuka Pada Ogos – MRT Corp

Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menjangkakan tawaran tender bagi projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) seawal bulan Ogos, jelas Ketua Peg

Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menjangkakan tawaran tender bagi projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) seawal bulan Ogos, jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Mohd Zarif Hashim hari ini.

Pihak MRT Corp dikatakan telah mengemuka permintaan untuk maklumat (RFI) kepada para peserta industri kerana mereka ingin mengubah kaedah pembinaan projek mega itu, termasuk menarik pembangunan teknologi tempatan.

Projek tersebut akan melibatkan kaedah pembuatan pembinaan seperti sistem binaan berindustri (IBS) dan model bangunan bermaklumat (BIM).

“Ini bermaksud, para peserta perlu mahir dengan dua kaedah ini bagi membolehkan mereka menyertai proses tender yang akan mula dibuka pada Ogos ini”, kata Zarif.

Beliau juga menyebutkan bahawa pihak MRT Corp sedang mencari pemaju tempatan bagi sistem elektrik dan digital kereta api untuk mengendalikan kereta api.

Tiada format tender yang tepat untuk projek MRT3 ditunjukkan namun, Zarif berkata bahawa ia adalah “jenis pemberian tender yang berbeza” berbanding format perolehan yang dilakukan pada masa lalu.

“Ini bukan hanya pembinaan, tetapi merupakan transformasi besar, perubahan besar pada program pengurusan,” jelas beliau.

Mengulas tentang unjuran waktu, projek MRT3 dijangka akan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan, lebih 3 tahun berbanding unjuran sebelum ini.

Ditanya mengenai kos projek berkenaan, Mohd Zarif berkata ianya tidak terlalu jauh dengan anggaran yang dikemukakan oleh penganalisis sebelum ini, iaitu di antara RM20 hingga RM30 bilion.

Selain itu, MRT Corp juga sedang mempertimbangkan penyertaan dan pembiayaan sekitar 10-30 peratus daripada pihak swasta bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: