Terjunan Bebas Dollar Buka Peluang EUR/USD Menawan Semula Harga 1.4000

Terjunan Bebas Dollar Buka Peluang EUR/USD Menawan Semula Harga 1.4000

Pasangan matawang EUR/USD terus meningkat pada hari Khamis, mencecah paras tertinggi 1.1412 sebelum berundur ke paras 1.1393 setakat jam 12.45 tengah

Pasangan matawang EUR/USD terus meningkat pada hari Khamis, mencecah paras tertinggi 1.1412 sebelum berundur ke paras 1.1393 setakat jam 12.45 tengah malam.

Sell-off dollar yang berterusan telah menjadi pemandu utama kepada kenaikan EUR/USD dan kesemua matawang utama yang lain.

Keinginan risiko pasaran yang semakin baik dan mungkin juga disebabkan oleh profit taking pelabur telah punca kepada penurunan greenback.

Selepas mencatat paras tertinggi sejak bulan Jun 2017 di paras 97.20, bacaan indeks USD kini menyusut ke paras 96.40, jatuh 0.74% dan merekodkan prestasi terburuk pada minggu ini.

Menjelang data rasmi NFP esok, dollar terus ditekan oleh laporan PMI Markit dan PMI ISM sektor pembuatan yang lebih rendah berbanding jangkaan.

Pengukuhan euro walau bagaimanapun terhad berbanding pound (GBP) yang disokong kuat oleh optimis pelabur terhadap perkembangan Brexit.

Secara teknikal, resistance terhampir kini berada di paras tertinggi harian 1.1410 (R1), diikuti 1.1430 (R2) dan 1.1465 (R3).

Paras support pula berada sekitar 1.1375 (S1), 1.1355 (S2) dan 1.1330 (S3).

Zon 1.1300 kini dilihat sebagai kawasan sokongan utama yang berjaya menghalang EUR/USD daripada jatuh melepasi paras terendah bulan Ogos yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: