Terkejut Dengan Lonjakan Tiba-tiba GBP/USD? Ini Sebabnya!

Terkejut Dengan Lonjakan Tiba-tiba GBP/USD? Ini Sebabnya!

Pasaran kewangan optimis dengan keputusan EU untuk menangani potensi terbesar ketidakstabilan jika no-deal Brexit berlaku, iaitu mengakses 'clearing h

Pasaran kewangan optimis dengan keputusan EU untuk menangani potensi terbesar ketidakstabilan jika no-deal Brexit berlaku, iaitu mengakses ‘clearing house’ di London.

Menurut laporan Financial Times, Timbalan Presiden EU Valdis Dombrovskis telah berjanji kepada pedagang ekuiti Eropah bahawa mereka akan kekal mendapatkan akses ke atas perkhidmatan derivatif clearing di UK, walaupun dengan peralihan UK yang tidak menentu.

‘Clearing House’ berfungsi sebagai jabatan perantara bagi memproses transaksi dan bertindak sebagai rakan niaga kepada pembeli dan penjual pasaran future atau option.

Namun begitu, keputusan ini hanya memberi penyelesaian sementara dalam usaha mengurangkan peningkatan kos transaksi yang tidak dapat dikawal sekiranya senario hard Brexit berlaku.

Pound sterling walaubagaimanapun melonjak naik berikutan para pelabur optimis dengan sebarang perkembangan positif yang berkaitan dengan rundingan Brexit.

Menjelang keputusan BoE pada malam ini, pemulihan pound telah menolak GBP/USD ke paras tertinggi mingguan 1.2850.

Jika bank pusat England (BoE) mengeluarkan retorik yang lebih dovish, kenyataan ini akan mengecewakan pembeli-pembeli pound pada hari ini.

Secara teknikal, 1.2775 menjadi garisan support yang perlu dipertahanan oleh pembeli intraday GBP/USD.

Sementara itu, 1.2865 pula menjadi garisan resistance yang akan menghadkan peningkatan untuk jangka masa terdekat menjelang keputusan BoE hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: