Terlalu Awal Untuk Isytihar Krisis Lira Telah Tamat, EUR/USD Kembali Ke Zon Negatif

Terlalu Awal Untuk Isytihar Krisis Lira Telah Tamat, EUR/USD Kembali Ke Zon Negatif

Kejatuhan mendadak matawang lira Turki (TRY) dilihat akan memberi impak yang buruk kepada tekanan inflasi. Pada hari Isnin lalu Penasihat Keselamat

Kejatuhan mendadak matawang lira Turki (TRY) dilihat akan memberi impak yang buruk kepada tekanan inflasi.

Pada hari Isnin lalu Penasihat Keselamatan AS, John Bolton memberi amaran kepada duta Turki bahawa tiada rundingan akan dilakukan sehingga pastor Brunson dilepaskan dan situasi ini telah menekan keyakinan peniaga dan pelabur terutamanya daripada Eropah.

Sebelum lira jatuh melebih 40% berbanding USD dan EUR, inflasi pada bulan Julai telah bergerak pada kadar 15.85% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) dan harga pada bulan Ogos dijangka melonjak lebih tinggi.

Selain itu, menjelang mesyuarat dasar Bank Pusat Turki pada 13 September hadapan, jika tekanan jualan lira kembali ke dalam pasaran, dasar monetari yang lebih ketat mungkin diperkenalkan dan keputusan ini akan meningkatkan lagi risiko lonjakan inflasi.

Data GDP Q2 dan tinjauan ZEW Jerman yang lebih baik walau bagaimanapun telah mengukuhkan optimis pelabur Eropah dan mengubah mood pasaran pada sesi dagangan Eropah yang lalu, sekali gus memulihkan matawang euro dan mengangkat EUR/USD ke paras 1.1430.

Namun kedudukan tersebut tidak bertahan dan EUR/USD kembali ke zon negatif untuk empat sesi berturut-turut, didagang pada harga 1.1371, susut -0.34% setakat jam 11.07 malam, menghampiri paras terendah tahunan.

Secara teknikal, bearish EUR/USD yang didorong oleh permintaaan greenback yang tinggi berpotensi menguji harga 1.1360 (S1). Kemudian ke paras 1.1330 (S2) dan 1.1300 (S3)

Manakala resistance terhampir pula kekal berada di paras 1.1420 (R1), 1.1450 (R2) dan 1.1480 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: