Tesla Bakal Mengeksport Kereta Buatan China Ke Eropah

Tesla Bakal Mengeksport Kereta Buatan China Ke Eropah

Syarikat pembuat kereta elektrik AS, Tesla Inc pada hari ini berkata mereka akan mengeksport kereta Model 3 buatan China kepada lebih 10 negara Eropa

Syarikat pembuat kereta elektrik AS, Tesla Inc pada hari ini berkata mereka akan mengeksport kereta Model 3 buatan China kepada lebih 10 negara Eropah pada bulan Oktober.

Kilang di Shanghai merupakan kilang pertama Tesla di luar Amerika Syarikat dan mensasarkan pembinaan sehingga 150,000 buah kenderaan pada tahun ini.

Tesla telah mula menghantar kenderaan buatan kilang China tersebut sejak Disember dan akan mula mengeksport model kenderaan yang sama ke Jerman, Perancis, Itali dan Switzerland pada bulan Oktober.

Selepas berjaya menjual lebih 11,000 kenderaan Model 3 di pasaran auto terbesar dunia China, kini mereka dilaporkan sedang membangunkan sebuah kilang pembuatan yang baru di Shanghai bagi membina kenderaan utiliti sukan Model Y.

Kenyataan rasmi Tesla di atas selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters pada September lalu, menyebutkan bahawa Tesla sedang merancang untuk mengeksport kenderaan Model 3 ke pasaran Asia dan Eropah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: