Tesla Mungkin Akan Terima Kembali Bitcoin Untuk Pembelian Kereta – Musk

Tesla Mungkin Akan Terima Kembali Bitcoin Untuk Pembelian Kereta – Musk

Bitcoin melonjak melebihi AS$30,000 selepas Elon Musk mengatakan Tesla "berkemungkinan besar" akan menerimanya kembali sebagai kaedah pembayaran.

Bitcoin melonjak melebihi AS$30,000 selepas Elon Musk mengatakan Tesla “berkemungkinan besar” akan menerimanya kembali sebagai kaedah pembayaran.

Beliau berkata demikian pada persidangan B Word setelah Tesla megumumkan pada Mei lalu bahawa mereka akan berhenti menerima bitcoin untuk pembelian kereta

Antara isu yang membimbangkan adalah kesan negatif ke atas alam sekitar akibat perlombongan bitcoin yang terpaksa menggunakan sejumlah besar tenaga elektrik.

“Saya mahukan lebih banyak usaha untuk mengesahkan bahawa peratusan penggunaan tenaga boleh diperbaharui berkemungkinan besar adalah atau melebihi 50 peratus, dan terdapat kecenderungan untuk meningkatkan jumlah itu, dan jika demikian Tesla akan meneruskan penerimaan bitcoin” ujar Musk.

“Kemungkinan besar jawapannya ialah Tesla akan terus menerima bitcoin.”, tambah beliau.

Penggunaan bitcoin untuk membeli kereta elektrik Tesla telah menyerlahkan pemisah antara reputasi Musk sebagai pencinta alam sekitar dengan menggunakan popularitinya sebagai lelaki terkaya untuk menyokong penggunaan mata wang kripto.

Sebilangan pelabur Tesla, bersama dengan para pencinta alam sekitar, semakin kritikal tentang cara bitcoin “dilombong” iaitu dengan menggunakan sejumlah besar elektrik yang dihasilkan dengan bahan bakar fosil.

Namun begitu, para pelombong mata wang digital kini sedang berusaha untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar.

“Misi Tesla adalah mempercepat kemunculan tenaga lestari. Kami tidak boleh menjadi syarikat yang melakukan itu dan juga tidak melakukan usaha yang sewajarnya terhadap penggunaan tenaga bitcoin,” tambah Musk.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: