Pound merudum ke paras terendah semenjak Oktober 2016 setelah statistik melaporkan pendapatan purata sejam Amerika bertambah sebanyak 0.4%, walaupun d
Pound merudum ke paras terendah semenjak Oktober 2016 setelah statistik melaporkan pendapatan purata sejam Amerika bertambah sebanyak 0.4%, walaupun data NFP seperti yang dijangka tidak menunjukkan angka yang baik; antara faktor kepada data NFP yang tidak baik adalah musim bercuti dan akhir tahun,
Theresa May, pada hujung minggu lepas, dalam ucapan beliau menyatakan mereka sedang cuba mendapatkan perjanjian perdagangan yang terbaik dan bagaimana untuk mereka beroperasi di dalam pasaran Eropah. Jika di dalam Kesatuan Eropah, UK bebas untuk berdagang dengan mana-mana negara kesatuan. May telah meletakkan 31 Mac sebagai tarikh akhir untuk memulakan pendekatan Brexit.
May juga dalam ucapan beliau semalam, sekali menegaskan pendiriannya UK akan tetap keluar dari Kesatuan Eropah, justeru hubungan dua hala yang baharu diperlukan di dalam “single market” Kesatuan Eropah” bukan sahaja dalam sektor perdagangan bebas malah merangkumi isu imigran, keselamatan dan perkerjaan. Kenyataan ini dibuat selepas Angela Merkel, Kaunselor Jerman dalam ucapan beliau memberi amaran kepada UK supaya tidak memilih dalam melaksanakan pendekatan mereka.
Penulisan media tentang “Hard Brexit” dibidas oleh May sebagai kesalahan dan hanya permainan sentimen dalam kelemahan pound semenjak Jumaat yang lalu. Beliau menyatakan sama sekali tidak menerima istilah “Hard” atau “Soft” Brexit.
Esok, data impak berskala tinggi untuk UK akan diterbitkan iaitu jangkaan KDNK (3 bulan terakhir) yang dikeluarkan oleh National Institute of Economic and Social Research mungkin dapat memberi sedikit kelebihan kepada Pound untuk bernafas semula. Dijangka kadar kenaikan adalah sebanyak 0.4-0.6% dengan sebarang angka di bawah paras ini mungkin tidak begitu baik untuk kestabilan Pound.
Untuk siri terbitan data dan berita bagi Greenback pula, tumpuan pastinya kepada ucapan Yellen dan Harker pada Khamis dan Jumaat nanti. Laporan tuntutan awal pengangguran, jualan runcit dan indeks sentimen pengguna juga antara data yang turut dinantikan. Sebarang kenyataan yang “hawkish” dan data yang baik, bakal memacu Dollar lebih tinggi berbanding Pound.
Ikuti juga ulasan dan pandangan Pound/Dollar disertakan paras teknikal untuk minggu lalu dan untuk sepanjang minggu ini yang ditulis oleh Cikgu Fahmi : https://www.ctc.fm/pound-vs-dolar-ulasan-minggu-lalu-dan-pandangan-09-13-januari-2017/
COMMENTS