Theresa May, Perdana Menteri UK telah menerima undian Parlimen bagi Rancangan Brexit beliau. Menurut pandangan beberapa ahli parlimen UK, langkah ini
Theresa May, Perdana Menteri UK telah menerima undian Parlimen bagi Rancangan Brexit beliau. Menurut pandangan beberapa ahli parlimen UK, langkah ini membolehkan PM UK itu lebih ruang untuk berunding perjanjian yang lebih saksama.
Sentimen jualan Pound Sterling masih kuat selepas ‘flash crash’ pasangan mata wang GBPXXX. Semalam 12/10/2016 GBPUSD mencatat harga terendah 1.20882 dan GBPJPY diniagakan pada nilai minima 124.815.
Sejurus berita PM UK menerima undian Parlimen itu dilaporkan agensi berita asing utama dunia, kebanyakan pasangan mata wang GBPXXX melonjak 100 hingga 200 pips. Keputusan ini dilihat dapat meredakan tekanan jualan dalam dagangan Pound Sterling dalam kebimbangan rundingan ‘Hard Brexit’.
Isu utama dalam rundingan Brexit nanti adalah isu Imigresen dan akses kepada pasaran tunggal EU. Menurut satu dokumen kerajaan UK yang dibocorkan kepada umum, kajian menunjukkan UK berkemungkinan akan kehilangan cukai sebanyak 66 Bilion Pound setahun! Angka ini merupakan kira-kira penurunan 9.5% KDNK UK.
Wallahualam
Penafian: Ini merupakan pandangan penulis berdasarkan artikel-artikel luar dan tidak akan sesekali menggambarkan pendapat umum. Semua harga mata wang diambil daripada XM mt4
COMMENTS