Tiada Pergerakan Yang Jelas Buat USD/JPY, Kekal Di Dalam Julat 107.80-109.00

Tiada Pergerakan Yang Jelas Buat USD/JPY, Kekal Di Dalam Julat 107.80-109.00

Selepas gagal bertahan di atas harga 109 yang direkodkan pada hari Rabu, pasangan matawang USD/JPY mengurangkan sedikit peningkatan mingguan pada har

Selepas gagal bertahan di atas harga 109 yang direkodkan pada hari Rabu, pasangan matawang USD/JPY mengurangkan sedikit peningkatan mingguan pada hari Selasa, didagang sekitar 109.97, susut -0.11% setakat jam 11.40 malam.

Mood risk-off di dalam pasaran dilihat menjadi pemandu kepada pegerakan matawang hari ini, meningkatkan permintaan safe haven yen.

Walaupun PM May selamat daripada undian tidak percaya semalam, ketidaktentuan berkenaan tindakan Brexit yang akan diambil oleh kerajaan masih menekan pasaran saham UK dengan FTS100 jatuh hampir 1%.

Data tuntuan insurans pengangguran dan indeks Pembuatan Fed Philadelphia yang lebih baik daripada jangkaan dilihat telah menyukarkan laluan USD/JPY untuk terus jatuh ke paras yang lebih rendah.

Sejak flash crash awal Januari yang lalu, pasangan matawang ini telah bergerak naik dan turun di dalam julat 107.80-109.00 (sekitar 120 pips) dan masih belum membuat sebarang pergerakan yang signifikan.

Secara teknikal, 109 kekal sebagai paras resistance psikologi yang terhampir untuk harga naik ke paras 109.65 dan 110.0

Support pula kini berada di paras 108.40 (S1), 107.80 (S2) dan 106.75 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: