Tiga Daripada Empat Pelabur Bitcoin Telah Kehilangan Wang – Tinjauan

Tiga Daripada Empat Pelabur Bitcoin Telah Kehilangan Wang – Tinjauan

Kejatuhan gergasi-gergasi pertukaran kripto bukan sahaja melemahkan keyakinan, tetapi kini telah mengakibatkan kerugian tiga perempat daripada mereka

Kejatuhan gergasi-gergasi pertukaran kripto bukan sahaja melemahkan keyakinan, tetapi kini telah mengakibatkan kerugian tiga perempat daripada mereka yang melabur dalam bitcoin, kata sebuah bank penyelidikan.

Tinjauan yang dikeluarkan oleh  Bank of International Settlements itu merupakan hasil analisis data mengenai pelabur dalam mata wang kripto di 95 negara antara 2015 dan 2022.

“Secara keseluruhan, kiraan kasar menunjukkan bahawa sekitar tiga perempat pengguna telah kehilangan wang pada pelaburan bitcoin mereka,” kata mereka dalam kajian tersebut.

Dalam tempoh yang dikaji, harga bitcoin meningkat daripada AS$250 pada Ogos 2015 hingga memuncak pada hampir AS$69,000 pada November 2021. Ia kini didagangkan sekitar AS$16,500.

Sementara, jumlah orang yang menggunakan aplikasi telefon pintar untuk membeli dan menjual kripto meningktan daripada 119,000 kepada 32.5 juta dalam tempoh yang sama.

“Analisis kami telah menunjukkan bahawa, di seluruh dunia, kenaikan harga bitcoin telah terikat dengan kemasukan yang lebih besar oleh pelabur-pelabur runcit,” tulis para penyelidik.

“Ketika harga semakin meningkat dan pengguna yang lebih kecil membeli bitcoin, para pemegang terbesar telah menjual (bagi meraih keuntungan daripada pembelian pengguna kecil itu).” tambah mereka.

Penyelidik mendapati kebanyakan pelabur mata wang kripto melihatnya sebagai pelaburan spekulatif dan lelaki muda cenderung untuk lebih aktif dalam perdagangan dalam beberapa bulan selepas kenaikan besar dalam harga bitcoin.

Mereka berkata lonjakan pelabur selepas kenaikan harga sepatutnya menimbulkan kebimbangan sama ada lebih banyak perlindungan pengguna diperlukan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: