Tiga Data Akan Menguatkan Penguasaan USD Pada Minggu Ini

Tiga Data Akan Menguatkan Penguasaan USD Pada Minggu Ini

Tumpuan pada minggu ini beralih kepada perkembangan inflasi di AS selepas Federal Reserve menegaskan bahawa bank pusat masih kekal di atas landasan un

Tumpuan pada minggu ini beralih kepada perkembangan inflasi di AS selepas Federal Reserve menegaskan bahawa bank pusat masih kekal di atas landasan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Disember.

Data inflasi pada hari Rabu dijangka menunjukkan peningkatan pada harga pengguna AS bagi bulan Oktober.

Para pelabur juga akan mengemas kini tahap perkembangan pengguna di AS melalui data jualan runcit pada hari Khamis, yang mana diramalkan meningkat berbanding bulan yang lalu.

Selain itu, para pelabur akan mengikuti ucapan pengerusi Fed Jerome Powell dan timbalan beliau, Randal Quarles di Dallas pada hari Rabu dimana mereka dijangka membincangkan lebih lanjut berkenaan isu ekonomi peringkat domestik dan global.

Di luar AS, rundingan Brexit kekal menjadi tumpuan utama dengan kedua-dua negara Eropah dan UK dilaporkan hampir mencapai kesepakatan terhadap rangka perjanjian yang dibincangkan.

Pound pada hari Jumaat yang lepas walau bagaimanapun jatuh merudum selepas Jo Johnson yang merupakan adik kepada Boris Johnson telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tindakan menolak cadangan Brexit May.

Keadaan ini menambahkan lagi tekanan ke atas rancangan Brexit PM UK, Theresa May yang mendapat tentangan hebat daripada kumpulan ‘hard brexit’ di kalangan parti beliau sendiri.

Di tambah dengan kebangkitan dollar selepas berakhirnya keputusan FOMC dan pilihan raya pertengahaan penggal, ‘profit taking’ besar-besaran dapat dilihat pada setiap pasangan dollar di sesi terakhir dagangan hari Jumaat yang lepas.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain melonjak ke paras 96.90, keluar daripada paras terendah 95.68 dan mengekalkan peningkatan 0.38% sepanjang minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: