Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menyumbang kepada perubahan pandangan apabila lebih optimis ketika berbicara tentang rundingan Brexit. Sele
Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menyumbang kepada perubahan pandangan apabila lebih optimis ketika berbicara tentang rundingan Brexit.
Selepas berlalunya persidangan video yang panjang bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan beberapa pegawai EU yang lain, kedua-dua belah pihak dilaporkan bersetuju untuk membawa perbincangan ke arah perjanjian.
Di samping permintaan USD yang lemah selepas Fed mengumumkan kesediaan mereka untuk memulakan pembelian bon korporat di pasaran sekunder dan secara langsung daripada penerbit, perubahan nada Johnson turut membantu mendorong peningkatan GBP/USD pada hari ini.
Walau bagaimanapun, 3 faktor masih menimbulkan keraguan terhadap peningkatan pound dan berpotensi menghalang daripada pendakian GBP/USD.
Pertama adalah tiada butiran daripada mesyuarat dalam talian di atas terutamanya mengenai topik-topik yang sensitif seperti perdagangan dan perikanan.
Kedua adalah cabaran yang dihadapi oleh pasaran buruh UK apabila kadar pengangguran kekal di paras 3.9% pada bulan April sementara tuntutan insurans pengangguran naik lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Mei sebanyak 528,000 permohonan.
Faktor ketiga adalah kebimbangan terhadap isu koronavirus di UK yang mana memaksa mereka untuk membuka ekonomi lebih perlahan berikutan lengkungan jangkitan yang lebih tinggi berbanding negara-negara serantau.
COMMENTS