el-savador-btc

Timbalan El Salvador: Kejatuhan Bitcoin Tidak Jejaskan Negara

Dania Gonzalez, Timbalan Republik El Salvador telah dijemput menghadiri satu program di Brazil untuk mendedahkan pengalaman negaranya menggunakan Bitcoin (BTC) sebagai tender yang sah.

Jemputan itu dikeluarkan oleh Rodrix Digital Brazil, yang telah berada di El Salvador baru-baru ini untuk menghasilkan dokumentari tentang mata wang kripto.

Selain menghadiri Bitconf 2022, antara aktiviti beliau di Brazil adalah bertemu dengan CEO Dape Capital Daniele Abdo Philippi dan CEO Agensi ROE Ane Elle.

Di antara agenda-agenda tersebut, Cointelegraph melaporkan bahawa Gonzalez telah mendedahkan bagaimana Bitcoin membantu mengubah kehidupan orang ramai di El Salvador.

Selain itu beliau juga mengulas bagaimana kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Nayib Bukele berjaya mengambil kesempatan daripada sumber yang dilaburkan dalam BTC untuk meningkatkan ekonomi.

“Apa yang dilakukan oleh Nayib Bukele ialah membeli Bitcoin dan membuat keuntungan pada saat strategik tertentu,” katanya.

Mengulas bagaimanapun kesan pelaburan Bitcoin El Salvador kepada kehidupan apabila nilai BTC semakin menurun, Gonzales berkata bahawa setiap pelaburan ada untung dan rugi.

Namun dalam BTC, “Ada kalanya anda boleh membuat keuntungan dan ada kalanya anda perlu melabur lebih banyak,” ujarnya.

Oleh itu, ketika nilai BTC jatuh, strategi kami adalah terus membeli BTC lebih banyak pada harga yang murah, jelas beliau.

Menurut Gonzalez, El Salvador tidak terjejas dengan kejatuhan BTC kerana sudah pun mendapat manfaat daripada pelaburan itu, memetik pembinaan hospital veterinar dan sekolah awam yang telah dibangunkan.

Gonzalez juga menyebutkan bahawa strategi Bukele telah terbukti berjaya dari segi kesan sosioekonomi.

“Ini juga merupakan sebab utama mengapa presiden juga membeli Bitcoins. Beliau melakukannya untuk menjana keuntungan bagi projek sosial untuk rakyat,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *