kwsp-chulan

TIME Beli Bangunan KWSP Changkat Raja Chulan Secara Tunai Bernilai RM62 Juta

Time Dotcom Bhd memperoleh bangunan 13 tingkat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Changkat Raja Chulan dengan pembelian secara tunai bernilai RM62 juta.

Dalam pemfailan kepada bursa, TIME berkata pembelian itu akan dibuat melalui anak syarikat milik penuhnya Aims Data Center Sdn Bhd (ADC).

ADC dilaporkan telah memasuki perjanjian jual beli bersyarat dengan Lembaga KWSP untuk pengambilalihan yang dicadangkan. TIME berkata pembelian tersebut akan membolehkan syarikat mengembangkan kemudahan operasinya.

“Menghadapi sebarang keadaan yang tidak diduga, dan tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat terdahulu, pengambilalihan yang dicadangkan itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tanpa syarat (apabila syarat yang terakhir dipenuhi),” jelas TIME.

Menurut pemfailan bursa, kos asal pelaburan KWSP untuk bangunan itu ialah RM46.04 juta pada tahun 1994. Nilai buku bersih yang belum diaudit pada 30 November 2021 adalah RM20.59 juta.

Bangunan itu telah menjadi ibu pejabat bagi cawangan KWSP di Jalan Raja Chulan, yang telah ditutup secara kekal pada 16 Disember 2021.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *