Tinjauan Dasar Menunjukkan Keperluan Menambah Ransangan – Vlieghe BoE

Tinjauan Dasar Menunjukkan Keperluan Menambah Ransangan – Vlieghe BoE

Gertjan Vlieghe, salah seorang daripada sembilan pembuat dasar Bank Pusat England (BoE) pada hari ini berkata bank pusat mungkin perlu menambah lebih

Gertjan Vlieghe, salah seorang daripada sembilan pembuat dasar Bank Pusat England (BoE) pada hari ini berkata bank pusat mungkin perlu menambah lebih banyak ransangan ke dalam ekonomi berdepan dengan lonjakan kes jangkitan Covid.

BoE telah meningkatkan dua kali ganda program pembelian aset mereka kepada £745 bilion (RM4 trilion) sejak diserang krisis wabak.

Berdasarkan tinjauan Reuters, sebahagian besar ahli ekonomi menjangkakan BoE akan menambah pembelian sebanyak £100 bilion pada pertemuan bulan November.

Vlieghe berkata kebimbangan beliau adalah kewujudan semula risiko pengangguran dan kelemahan pertumbuhan yang dikesan oleh BoE pada bulan Ogos lalu berdepan dengan sekatan aktiviti ekonomi akibat gelombang kedua koronavirus.

“Pada pandangan saya, prospek bagi dasar monetari cenderung kepada menambah ransangan”, jelas beliau.

Ekonomi British telah mengucup 20% pada suku tahun kedua 2020, kemerosotan terbesar berbanding negara maju yang lain dengan momentum pemulihan semakin reda.

BoE juga sedang mempertimbangkan sama ada tindakan menurunkan kadar faedah di bawah paras kosong adalah praktikal dan efektif, berikutan ECB dan BoJ telah melakukannya.

Vlieghe menyebutkan tiada kesimpulan masih dilakukan oleh BoE mengenai hal ini, namun secara fundamental beliau tidak akan membantah rancangan tersebut, di samping menyuarakan kepentingan untuk memperkenalkan rancangan yang baru bagi menyokong pertumbuhan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: