Tinjauan Jabatan Perdagangan AS Dedah Kekurangan Cip Yang ‘Membimbangkan’

Tinjauan Jabatan Perdagangan AS Dedah Kekurangan Cip Yang ‘Membimbangkan’

Amerika Syarikat berdepan isu kekurangan semikonduktor yang "membimbangkan". Tinjauan kerajaan terhadap lebih daripada 150 syarikat yang membuat dan

Amerika Syarikat berdepan isu kekurangan semikonduktor yang “membimbangkan”. Tinjauan kerajaan terhadap lebih daripada 150 syarikat yang membuat dan membeli cip mendapati situasi itu sedang mengancam pengeluaran kilang dan mendorong peningkatan inflasi.

Setiausaha perdagangan AS, Gina M. Raimondo dalam satu wawancara pada Isnin lalu berkata penempuan tersebut menunjukkan keperluan yang kritikal bagi membantu sektor pembuatan domestik.

Beliau juga menggesa supaya Kongres meluluskan undang-undang baharu yang bertujuan memperkukuh daya saing AS dengan China dengan memperbanyakkan pengeluaran Amerika.

“Situasi yang kita hadapi sebagai sebuah negara amat membimbangkan, dan betapa mendesaknya untuk kita bertindak meningkatkan kapasiti domestik kita,” ujar Raimondo.

Hasil tinjauan menunjukkan permintaan untuk cip bagi menjana kuasa kereta, elektronik, peranti perubatan dan produk lain jauh mengatasi bekalan.

Walaupun permintaan untuk semikonduktor telah meningkat 17 peratus dari 2019 hingga 2021, tiada peningkatan yang setimpal dalam bekalan.

Hal ini berlaku kerana para pembuat cip global dilaporkan telah menghampiri kapasiti pengeluaran maksimum mereka.

Menurut data yang disusun oleh Jabatan Perdagangan, sebilangan besar kilang pembuatan semikonduktor telah menggunakan kira-kira 90 peratus kapasiti mereka untuk mengeluarkan cip.

Sementara itu, keperluan untuk penggunaan cip dijangka meningkat berikutan teknologi yang menggunakan sejumlah besar semikonduktor, seperti 5G dan kenderaan elektrik akan menjadi lebih meluas

Gabungan permintaan yang melonjak untuk produk pengguna yang mengandungi cip dan krisis wabak yang menganggu pengeluaran telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga semikonduktor yang melambung tinggi sejak dua tahun lalu.

Laporan yang diterbitkan juga mendedahkan betapa kurangnya bekalan cip seluruh dunia yang mana jika berlakunya gangguan tambahan ke atas rantaian bekalan berpotensi mengakibatkan penutupan kilang. “Kita tidak mempunyai ruang untuk sebarang kesilapan,” tegas Raimondo.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: