TNB Lanjutkan 50% Diskaun Bil Elektrik Hingga Disember 2020

TNB Lanjutkan 50% Diskaun Bil Elektrik Hingga Disember 2020

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan berkata syarikat akan meneruskan diskaun bil elektrik sehingga 50% kepada lebih tujuh juta pengguna do

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan berkata syarikat akan meneruskan diskaun bil elektrik sehingga 50% kepada lebih tujuh juta pengguna domestik dan kediman di bawah pakej di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

Pada pengumuman semalam, TNB berkata kadar diskaun yang akan diberikan kepada pelanggan akan ditetukan berdasarkan penggunaan elektrik bulanan mereka.

“Lebih dari itu, TNB juga akan terus menerapkan beberapa langkah untuk meringankan beban pelanggan domestik/kediaman pada saat-saat genting ini,” kata TNB.

Menurut TNB, langkah tersebut merangkumi plan pembayaran mudah yang melibatkan pilihan pembayaran secara ansurans tanpa surcaj tambahan termasuk pengecualian surcaj pembayaran lewat (berkuat kuasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) tanpa pemutusan bekalan elektrik.

“Sepanjang tempoh ini, pemutusan bekalan elektrik hanya akan dilakukan dalam senario berikut: Permintaan oleh pelanggan berdaftar, arahan dari pihak berkuasa yang berkaitan (dan) kes di mana gangguan meter diperhatikan,” jelas. TNB.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: