TNB Nafi Dakwaan Akan Buat Penyenaraian Unit Jana Tenaga Di Bursa Saham

TNB Nafi Dakwaan Akan Buat Penyenaraian Unit Jana Tenaga Di Bursa Saham

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa mereka akan meyenaraikan unit jana tenaga di pasaran saham tempatan tahun depan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa mereka akan meyenaraikan unit jana tenaga di pasaran saham tempatan tahun depan susulan penyusunan semula korporat.

TNB menyebutkan sejajar pelan transformasi strategik “Reimagining TNB” dan kelulusan mandat pemegang ekuiti pada Februari 2020, mereka telah melengkapkan penstrukturan semula TNB Power Generation Sdn. Bhd. pada 1 Oktober 2020.

“Langkah ini bertujuan mengumpulkan semua dan cabang perbadanan sebagai anak syarikat milik penuh TNN bagi meningkatkan tumpuan, kecekapan dan ketulusan”, jelas TNB menerusi pengumuman syarikat di Bursa Malaysia semalam.

TNB juga menjelaskan bahawa tiada sebarang kerja asas untuk penyenaraian dilakukan ketika ini berikutan tumpuan adalah ke arah kecekapan operasi.

Walau bagaimanapun, pihak mereka akan membuat pengumuman jika berlaku sebarang perubahan pada penjelasan di atas, tertakluk kepada pematuhan pendedahan TNB mengikut “Main Market Listing Requirement” Bursa Malaysia Securities Berhad.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: