air asia tony

Tony Fernandes Tekad Bawa AirAsia Tembusi Pasaran Penerbangan Singapura

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, menegaskan bahawa AirAsia tidak akan berputus asa dalam usaha mendapatkan lesen penerbangan di Singapura, walaupun telah ditolak tiga kali.

“Jangan halang saya di Singapura,” katanya, sambil menyatakan bahawa syarikatnya telah berjaya beroperasi di negara-negara ASEAN lain seperti Kemboja, Filipina, Indonesia, Thailand, dan Malaysia.

Namun begitu, Singapura masih menolak permohonan mereka, dengan alasan melindungi syarikat penerbangan tempatan.

Bercakap selepas pembukaan hangar atau bengkel penyelenggaraan pesawat Asia Digital Engineering di KLIA, Fernandes berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan syarikat luar seperti SIA Engineering Company (SIAEC) yang beroperasi di Malaysia. SIAEC baru-baru ini menandatangani perjanjian 15 tahun untuk menyewa dua hangar di Subang.

“Kami sokong mereka di sini. Pasaran bebas adalah baik untuk negara dan pekerja,” katanya mempersoalkan tindakan Singapura untuk tidak memberi lesen kepada AirAsia.

Fernandes bertekad untuk terus berusaha mendapatkan lesen di negara tersebut, sambil menegaskan bahawa cabaran ini tidak akan melemahkan semangatnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *