Top Glove Diberi Pelepasan Untuk Kembali Mengkesport Barangan Ke AS

Top Glove Diberi Pelepasan Untuk Kembali Mengkesport Barangan Ke AS

Top Glove Corporation Bhd pada hari ini berkata mereka telah diberikan pelepasan untuk mengeksport dan menjual semula sarung tangan ke Amerika Syarik

Top Glove Corporation Bhd pada hari ini berkata mereka telah diberikan pelepasan untuk mengeksport dan menjual semula sarung tangan ke Amerika Syarikat.

Ia susulan modifikasi daripada penemuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS yang berkuat kuasa hari ini.

Pada Julai 2020, Top Glove telah dikenakan larangan import susulan dakwaan bahawa pihak berkuasa AS mempunyai maklumat yang cukup untuk memutuskan terdapatnya penyalagunaan tenaga kerja di syarikat itu pada bulan Mac.

Namun, memetik laporan perunding bebas Impactt Ltd, Top Golve mengatakan bahawa kesemua indikator tentang buruh paksa dalam operasinya telah diselesaikan.

Menerusi satu makluman di pautan rasmi CBP AS, jabatan itu mengesahkan bahawa sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan syarikat Malaysia itu akan diterima di semua pelabuhan masuk AS mulai hari ini.

Selain penghargaan kepada CBP di atas maklum balasnya terhadap modifikasi dalam penempuan, Top Golve turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan.

Pengeluar sarung tangan itu berkata, mereka kekal komited terhadap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kakitangannya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: